6 Mac 2017 - 14:12
Perang Kebudayaan Lebih Berbahaya Daripada Ancaman Ketenteraan: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa warga Iran perlu mempamerkan kekuatan mereka dalam rangka menakutkan para musuh daripada melancarkan sebarang tindakan kekerasan ke atas negara Timur Tengah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa warga Iran perlu mempamerkan kekuatan mereka dalam rangka menakutkan para musuh daripada melancarkan sebarang tindakan kekerasan ke atas negara Timur Tengah itu.

Pada hari Isnin lepas, Ayatullah Khamenei dengan merujuk kepada perang lapan tahun yang dipaksakan ke atas Iran oleh rejim Saddam (sekitar tahun 80-an) berkata bahawa pihak musuh menjadi berani untuk melancarkan perang tersebut apabila mereka melihat kewujudan beberapa titik lemah negara Iran pada ketika itu.

"Jikalau kamu ingin melemahkan niat musuh daripada melancarkan sebarang tindakan kekerasan (ke atas negara ini), maka jangan tunjuk sebarang bentuk kelemahan kepada mereka dan dalam masa yang sama pamerkanlah kekuatan kalian," kata Ayatullah Khamenei.

Pemimpin Tertinggi Iran itu turut memberikan amaran kepada mereka bahawa pihak musuh kini sedang berusaha melancarkan "perang kebudayaan" ke atas bangsa Iran.

"Pihak musuh sedang berusaha dan merancang makar -melalui institusi penyelidikan mereka- untuk mengubah kebudayaan bangsa (ini)," kata Ayatullah Khamenei. Beliau turut menekankan bahawa "serangan kebudayaan lebih berbahaya berbanding ancaman ketenteraan."

Pemimpin itu turut memanggil pihak terbabit untuk meningkatkan produktiviti di bidang kebudayaan dalam rangka menghadapi "serangan kebudayaan oleh mereka yang berniat jahat." Ayatullah Khamenei juga berkata bahawa kekuatan kebudayaan boleh membuka ruang bagi pemerkasaan bidang politik dan ekonomi di negara yang kaya dengan sumber bumi itu.

/315